Thursday, February 19, 2009

JEREBU (BAHAGIAN 2)

Punca-Punca Jerebu?

Jerebu berlaku disebabkan pencemaran udara. Pencemaran ini boleh berpunca daripada kejadian semulajadi ataupun perbuatan manusia sendiri. Punca semulajadi pencemaran udara adalah seperti :

- Habuk tanah
- Letupan gunug berapi
- Tiupan angin laut yang mengandungi garam

Bahan pencemaran buatan manusia terdiri daripada

- Pelepasan pencemar dari kenderaan bermotor
- pembakaran bahan api
- pemprosesan industri
- pembakaran terbuka
- pembangunan tanah dan pembinaan
- penebangan dan pembakaran hutan

Pelepasan dari kenderaan bermotor

- Pertambahan jumlah kenderaan bermotor
- Penggunaan enjin kenderaan yang tidak mengikut piawai pelepasan asap
- Penggunaan petrol plumbum
- Penggunaan enjin motosikal 2 lejang

Kenderaan Bermotor - Antara punca berlaku masalah Jerubu

Pelepasan daripada stesen janakuasa

- Penggunaan arang batu sebagai bahan api

Pelepasan daripada industri

- Pelepasan bendasing ke udara daripada proses-proses industri melalui cerobong
- Pelepasan sebatian organik meruap (VOC) daripada kilang-kilang penapis dan stesen minyak

Pencemaran daripada pembakaran terbuka

- Kegiatan pembakaran sampah-sarap di tapak-tapak pelupusan
- Pembakaran buangan industri secara besar-besaran
- Hasil pembersihan tanah dan pembakaran sisa-sisa pertanian secara terbuka
- Penebangan dan pembakaran hasil hutan tanpa kawalan


Bagaimana Jerebu Boleh Di Hapuskan?

Zarah di atmosfera dihapuskan melalui beberapa proses. Praktikal yang lebih berat mendap ke bumi melalui tarikan graviti. Proses basuhan hujan (rainout) melibatkan pemeluwapan wap air ke atas zarah bagi membentuk titit air yang akhirnya menghasilkan awan. Zarah juga disingkirkan melalui pelanggaran dan pelekatan dengan turunnya titits hujan melalui proses yang disebut cucian (washout). Olakan (turbulence) juga boleh membawa zarah jerebu ke paras lebih tinggi untuk sebaran yang lebih berkesan. Di samping hujan lebat semulajadi yang menyeluruh yang boleh menyingkir jerebu, teknologi terkini juga boleh memungkinkan pembentukan hujan buatan melalui proses pembenihan awan.


Tindakan Orang Awam Jika Jerebu Berterusan

- Minum banyak air untuk membersihkan mulut dan tekak.
- Membasuh muka dan bahagian badan yang terdedah kepada jerebu dengan kerap
- Kurangkan aktiviti luar rumah
- Pakai topeng pelindung yang boleh menghalang jerebu memasuki saluran pernafasan
- Kerjasama daripada pihak industri untuk mengurangkan aktiviti yang menjadi punca masalah jerebu
- Dapatkan nasihat dan rawatan perubatan dari pusat kesihatan sekiranya terdapat masalah kesihatan yang berlarutan.

No comments:

Post a Comment