Jerebu yang kelihatan di ruang udara kita adalah disebabkan zarah-zarah halus yang tidak kelihatan oleh mata kasar terampai di atmosfera dalam kepekatan yang tinggi. Zarah-zarah ini menyerap dan menyerakkan cahaya matahari sehingga mengurangkan jarak atau batas penglihatan. Udara akan kelihatan samara kerana zarah kecil yang terampai.
Mengapa Jerebu Berlaku?
Tiga factor utama yang mempengaruhi berlakunya jerebu adalah :
i. Pencemaran dari permukaan bumi
ii. Iklim
iii. Topografi
Di kawasan tropika, kelajuan angin biasanya perlahan. Bagi tempoh-tempoh tertentu, keadaan atmosfera sangat stabil dan peredaran udara sangat berkurangan. Dalam keadaan ini, pembentukan awan tidak aktif dan menyebabkan cuaca kering. Tempoh cuaca kering yang panjang, atmosfera yang stabil dan pelepasan bahan pencemaran ke udara sama ada daripada punca tempatan atau luar negara akan menyumbang kepada pembentukan jerebu. Zarah dan bahan-bahan pencemar lain yang dibebaskan akan terperangkap dalam atmosfera jisim udara dan meningkatkan kepekatannya.
Kesan Kepada Kesihatan?
- Radang mata
- Gangguan pada hidung
- Gangguan sistem pernafasan
- Partikulat yang menyebabkan peradangan dan meninggalkan parut pada tisu paru-paru
Entri seterusnya, kami akan menerangkan mengenai punca-punca jerebu, bagaimana jerebu boleh dihapuskan dan tindakan orang awam jika jerebu berterusan. Bertemu lagi pada entri seterusnya :)
No comments:
Post a Comment