Friday, February 20, 2009

PEMBAKARAN TERBUKA

Selepas membincangkan mengenai jerebu, perbincangan seterusnya adalah mengenai pembakaran terbuka. Pembakaran terbuka juga merupakan salah satu punca kepada permasalahan jerebu.

Pembakaran terbuka boleh didefinisikan sebagai sebarang kebakaran, pembakaran atau pembaraan yang berlaku di udara bebas dan tidak dihalakan melalui cerobong atau serombong kecuali aktiviti-aktiviti yang ditetapkan oleh Menteri melaui perintah yang disiarkan oleh Warta.

Pembakaran Terbuka Di Kawasan Luar Bandar



Aktiviti pembakaran yang dilarang sama sekali:

- di atas tanah gambut
- kawasan 30km jejari di sekitar Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur kecuali lima aktiviti berikut :
i) pembakaran tanaman berpenyakit
ii) pembakaran untuk aktiviti keagamaan/penyembahan
iii) pembakaran mayat
iv) gril, barbeku (bukan di atas tanah gambut)
v) 'flaring'

Pembakaran terbuka tertakluk di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974

- Seksyen 29A
i) Tidak seorang boleh membenarkan atau menyebabkan pembakaran terbuka di mana-mana premis

- Seksyen 29B
i) Pemunya atau penduduk di mana premis itu disifatkan sebagai melanggar Seksyen 29A, Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 melainkan jika dibuktikan sebaliknya.

Anda Boleh Membantu Mencegah Kebakaran Terbuka!

- Sampah sarap organik (seperti makanan) ditanam dan direputkan untuk dijadikan baja;
- Pastikan api dipadamkan sebelum membuang puntung rokok;
- Sisa-sisa pertanian, cantasan pokok, ranting-ranting di ladang dan di kebun direputkan sebagai baja;
- Reja-reja kayu di tapak pembinaan dijual atau di guna semula;
- Amalkan kitar semula;
- Laporkan kepada pihak berkuasa sekiranya ada berlaku pembakaran terbuka

Kesan-kesan Pembakaran Terbuka

- Kemusnahan hutan dan kepelbagaian biologi
- Gangguan aktiviti harian dan ekonomi
- Kemusnahan harta benda
- Gangguan kesihatan (lelah, bronchitis, alahan, radang paru-paru, sakit mata dan kulit) terutamanya kepada bayi, kanak-kanak, orang tua dan pesakit lelah.
- Kemerosotan industri pelancongan yang memberi kesan kepada ekonomi dan pertukaran wang asing.
- Keadaan persekitaran berjerebu.
- Jarak penglihatan yang berkurangan

3 comments: